Sekolah ini telah siap dibina pada hari Selasa, 1 September 1987 bersamaan 8 Muharram 1408. Ia dapat menempatkan 2 blok bangunan bilik darjah (4 tingkat), sebuah kantin, sebuah tempat letak kenderaan dan sebuah padang permainan. Perbelanjaan bagi pembinaan bangunan ini dibiayai oleh Bank Dunia.
Semasa sekolah ini dibuka dahulu, ia mempunyai seramai 1070 orang murid dan 53 orang guru serta 3 orang kakitangan bukan guru. En Hussin b Harun merupakan guru besar yang pertama bagi sekolah ini.
Logo sekolah adalah hasil ciptaan En Tuan Ibrahim bin M. Y. Esa. Beliau adalah merupakan seorang guru sandaran yang mengajar di SK Bandar Baru Sentul pada tahun 1988. Usaha ini memang selari dengan cogankata sekolah ini iaitu “ Disiplin Asas Kejayaan “.
Lagu SK Bandar Baru Sentul pula, adalah hasil gubahan Pn Esther Ponmalar. Skor serta lirik lagu, kedua-duanya dihasilkan oleh beliau sendiri.
Guru Besar yang sekarang ialah En. Abd Aziz bin Yahya.